Search

Wednesday 28 December 2011

Cerpen: Destinasi Anak Bangsa

Indah khabar dari rupa?
                Aku sudah tiba. Mungkin inilah tempat yang dikatakan destinasi anak bangsa. Aku berasa cukup bangga melangkahkan kaki ke kota ini. Di seluruh kota terpampang slogan-slogan “Kota ini banteng terakhir bangsa kita”. Dari masa kasar, selogan ini agak menarik, ia berjaya menarik minat-minat anak muda yang beriya-iya merasakan kaumnya ditindas.

                Aku tiba disebuah kawasam lapang, kawasan ini dinamakan “Dataran Kebebasan”. Di sini penuh dengan slogan-slogan patriotik dan wajah-wajah tokoh terdahulu terpampang disetiap sudut dataran ini. Semangat patriotik aku membuak-buak, pada saat itu, aku berjanji pada diri aku, aku akan pertahankan negara aku ini sehingga titisan darah yang terakhir.

               Disudut dataran, aku terlihat beberapa kelompok manusia memegang sepanduk dengan perasaan amarah, memaki hamun sistem yang sedia ada. “Hidup, Hidup! Hidup Rakyat!” slogan ini diulang-ulang, terdapat juga dari mereka yang membawa kain rentang “Hancurkan Kapitalis!” , “Korupsi”, “Kebebasan”, “Hak Rakyat” dan sebagainya.

Tugas untuk melindungi rakyat?
               Wah, mungkin itu cara mereka menunjukan rasa kasih kepada negara. Aku dengan semangat patriok berlari-lari anak menuju ke arah kelompok yang masih menunjukkan rasa amarah mereka. “Bersurai! Bersurai!” jerit unit keselamatan pencegah rusuhan(KRU). Belum sempat mereka bersurai mereka ditembak dengan gas pemedih mata. Ada yang dihambat mengunakan cota. Tua muda semua dihambat. Perasaan ingin tahu aku tidak berhenti begitu sahaja.
               
               Keesokan harinya, media massa dan akhbar rasmi kota aku mengulas mengenai isu tersebut. Para pendemo digelar penderhaka, tidak bersyukur, dan tidak taat kepada pemerintah. Badan-badan agama di negara aku mengeluarkan fatwa-fatwa yang bagi aku tidak masuk akal, seperti rakyat harus taat kepada pemerintah, rakyat harus bersyukur, dan jika bertentangan hukumnya haram. Aku menghempas akhbar UtusanNasional ke atas tanah. Aku mula berfikir, apakah jika pemerintah itu zalim tidak boleh ditentang?
               
              Apakah pemerintah itu tuhan sehingga tidak boleh dikritik? Adakah semua yang dilakukan oleh pemerintah itu halal atas nama bangsa? Apakah korupsi atas nama bangsa itu halal? Ah, cilaka! Kota apakah ini? Destinasi anak bangsa? Slogan hanya retorik semata-mata! Mengapa rakyat sebanyak 10juta di kota ini harus tunduk dan takut akan pemerintah yang zalim? Bukankah mereka yang memerintah itu juga mendapat mandat daripada rakyat? Mengapa rakyat yang seharusnya didera? Mengapa 10juta rakyat harus mengikut juga telunjuk pemerintah yang drakonian dan zalim jika pemerintah itu sendiri dilantik oleh rakyat?
               
Kebebasan?
               Mengapa rakyat dibisukan? Mengapa berlaku pembunuhan politik di kota ini? Mengapa rakyat tidak dibenarkan berhimpun untuk menyatakan perasaan amarah? Adakah negara ini milik mutlak pemerintah? Mengapa setiap polisi atau dasar mahupun undang-undang yang hendak digubal tidak diminta pandangan rakyat? Ah, cilaka! Jika aku sayangkan negara ini, aku tidak harus berdiam! Aku harus bangun menyatakan kebenaran!

               Aku berdiri di pintu Dewan Pemerintah, di sini merupakan tempat bagi ahli-ahli Parlimen kota aku meluangkan masa. Disinilah mereka meluluskan undang-undang drakonian dan polisi mahupun dasar yang menguntungkan kapitalis. Aku memerhatikan setiap ahli parlimen yang melangkah masuk ke dalam dewan. Wajah mereka tidak ubah seperti ahli perniagaan, YA! ahli perniagaan!, dan rakyatlah yang menjadi mangsa dagangang mereka yang dahagakan keuntungan.

Presiden Al-Korup
               Saat yang dinantikan telah tiba, ketibaan Presiden Al-Korup. Sejurus Presiden Al-Korup melangkah masuk ke dewan, aku dengan lantas menjerit tepat ke arah mukanya! “Ini yang kau katakana DESTINASI ANAK BANGSA?. Dengan wajah serius aku mengacukan jari tengah tepat ke arah mukanya!

               “Mat.... bangun Mat! Kelas sudah mula ni”. Aku dikejutkan rakan karib ku, argh, mimpi lagi. Aku harus fokus pada pelajaran, tahun ini aku menduduki UPX-AR, dan aku baru berusia 11 tahun. Aku terlihat buku teks sejarah yang aku bawa ke sekolah, selesai membeleknya, aku mencampakannya ke lantai. “Ini karut, sejarah kota aku ditulis oleh golongan bangsawan dan bukannya pahlawan!!” teriak aku sambil mengepalkan tinju ke awan.

Tuesday 20 December 2011

Adam Adli Si Penurun Bendera

Adam Adli Si Penurun Bendera
               
Setelah selesai menghantar memorandum dan ucapan-ucapan bersemangat di hadapan pejabat SUHAKAM. Kumpulan Mahasiswa yang mendesak kebebasan akademik meluru laju ke PWTC. Bukan berniat untuk merempuh, tetapi sudah diberitahu Timbalan Menteri Pendidikan, Saifuddin Abdullah berada di sana. Difahamkan, beliau sedia maklum akan kehadiran Mahasiswa dan terbuka untuk menerima sebarang memorandum.
               
Di saat Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berucap, difahamkan ‘budak-budak nakal’ ini dalam diam-diam menurukan bendera wajah Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Najib. Perbuatan ini tidak disedari oleh mahasiswa yang lain pada mulanya. Dalam sekelip mata, bendera Najib diturunkan dan bendera mahasiswa di kibarkan. Seperti selesai menawan markas musuh.
             
  Media massa heboh, kecoh dan riuh mencanangkan bahawa mahasiswa yang melakukan perbuatan tersebut biadap. Isu ini berjaya mengalihkan apa sebenarnya tuntutan mahasiswa. Rata-rata kini tidak berbicara mengenai tuntutan mahasiswa tetapi berbicara mengenai bendera yang diturunkan. Sekali lagi isu berjaya dialihkan. Di sini, secara jujur, perang sarafnya, perjuangan mahasiswa agak sedikit tercalar apabila terdapat golongan yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.
               
Tetapi, pada masa yang sama, mengapa tidak dipersoalkan bendera MAHASISWA yang dinaikan? Mengapa bendera itu dikibarkan? Media massa berjaya mengalihkan isu sehingga, apa yang dituntut mahasiswa dikaburkan. Dalam masa yang sama, penentang-penentang rejim facis mengangkat Adam Adli sebagai wira. Kenapa? Kerana beliau seorang mahasiswa, anak muda yang berani membuat ‘onar’ di kubu kuat UMNO/BARISAN NASIONAL di PWTC.
               
Walaupun beliau menerima pelbagai ugutan dan ancaman, itu adalah lumrah alam di dalam landskap politik tanah air. Usah gentar, usah gusar. Isu turun bendera bukanlah isu yang besar, ramai lagi pemimpin dinegara luar di’londeh’kan rakyat di atas jalan. Dibunuh rakyatnya sendiri. Kembali kepada isu pokok, isu mahasiswa!

Tepuk dada tanya selera. Wajar atau tidak bendera Najib diturunkan?


sumbangan pembaca AhLuL Lufti