Search

Monday 13 February 2012

Revolusi: Peranan Informasi?

*sesuai untuk tatapan anak muda, blogger, pengguna Twitter, Facebook, Youtube dan rakyat amnya yang dahagakan perubahan.



Dalam konteks sosial sesebuah negara, informasi memainkan peranan penting dalam membentuk sesebuah masyarakat. Jika informasinya benar, maka bersyukurlah. Jika informasi yang diterimanya berbaur fitnah dan hanya untuk menjaga kepentingan tertentu maka masyarakat tersebut berada didalam zon bahaya.

Solusi Informasi 'Sesat'
Tidak dinafikan mana-mana penguasa di dalam dunia akan mengunakan media massa sehabis baik untuk melonjakkan imej mereka. Mereka akan 'melobi' media massa untuk menceritakan sesuatu yang indah untuk rakyat mereka. Ini adalah salah satu cara meningkatkan populariti melalui propaganda. Bagi sang penguasa yang gilakan kuasa, 'Projek Pembodohan Rakyat' harus dilakukan. Rakyat akan didoktrinisasi dengan dakyah-dakyah yang hanya memihak kepada mereka. Kebiasaannya kebebasan maklumat akan dipertikaikan jika wujud anasir 'media massa'm ditunggang pihak tertentu.
Indeks kebebasan media di Malaysia kajian Freedom House, Malaysia ditangga ke 143 pada tahun 2011? Kebangaan?

Contoh:-
Mengapa China mengawal kemasukan berita kebangkitan Dunia Arab ke negara mereka?
Percayakah anda Osama Bin Laden telah terkorban?
Percayakah anda sehingga tahun 2011 kematian tentera US di Iraq dalam lingkungan 4,500 orang?
Percayakah anda jumlah kematian penentang US di Iraq berjumlah 55,000?

Disini anda tahu peranan informasi?
Menyampaikan kebenaran atau doktrinisasi?

Informasi Berkuasa
Melalui Facebook, Twitter sahaja, rakyat di Tunisia mampu bersama-sama turun ke jalan menuntut keadilan sosial dan ekonomi yang sebelum ini telah lama hilang dibawah pemerintahan kuku besi Ben Ali. Facebook, dan Twitter menjadi media alternatif kepada rakyat Tunisia ketika itu memandangkan media massa tenat dengan cerita mengagungkan pemerintahan Ben Ali, kononnya rakyat harus 'wala' kepada pemerintahan beliau. Melalui medium ini juga, rakyat mampu di'susun' sehabis cantik untuk menumbangkan rejim Ben Ali. Menarik bukan?

Revolusi Dunia Arab:Tunisia
Revolusi di Tunisa tidak berlaku semalaman. Ia tidak mengambil masa sehari untuk memobalisasi rakyat untuk turut sama berjuang. Ia bermula seminggu sebelum. Anak muda Bouzazi membakar dirinya dihadapan bangunan kerajaan sebagai tanda protes tindakan pihak berkuasa terhadap perniagaannya.
Peristiwa ini tersebar ke serata dunia melalui Twitter, Youtube, Facebook dan sebagainya. Ya, medium ini membuatkan informasi lebih cepat dan laju berbanding media massa Tunisia pada ketika itu.
Apabila berita ini tersebar diseluruh dunia, masyarakat dunia menyatakan solidariti tidak terhingga kepada anak muda ini. Protes demi protes dilakukan diserata dunia. Tekanan kepada regim Ben Ali amat kuat. Sehingga memaksa diktator selama 23tahun ini melawat anak muda Bouzazi di hospital pada 28 Disember 2010, tapi sayang anak muda ini menghembuskan nafas terakhir pada 4 Januari 2011.

Informasi Mengugat Penguasa
Informasi yang tersebar luas melalui medium alternatif ini memberi tekanan hebat kepada Ben Ali. Maklumat tidak putus-putus diterima rakyatnya dan masyarakat dunia membuatkan regim Ben Ali gelisah. Informasi ini juga membuatkan penentangan rakyat terhadap regimnya membuak-buak. Saksikan sendiri, pemerintah amat suka jika rakyatnya 'buta' maklumat. Ini memudahkan pengawalan minda dilakukan terhadap rakyat. Regim kemudian mengambil langkah drastik untuk mengawal medium sosial alam maya sebagai contoh Facebook. Ini bertujuan menyekat penyebaran maklumat. Perang 'Cyber' dilancarkan oleh regim Ben Ali. Beberapa aktivis alam maya turu ditahan, sebagai contoh Slim Amamou. Regim juga mengunakan kaedah 'hack', memecah masuk beberapa akaun aktivis alam maya untuk mendapatkan maklumat.

Adakah setuju mereka ditangkap kerana regim Ben Ali khuathir kebebasan maklumat akan memendekkan hayat pemerintahannya?

Serangan Balas
Regim tidak bersuka lama, selepas perang 'cyber' dilancarkan, regim terkejut. Mereka juga sebenarnya harus berhadapan dengan tentera 'cyber' digelar Anonymous. Anonymous mengutuk keras tindakan mengawal internet di Tunisa dan seterusnya mengisytiharkan perang terhadap regim Ben Ali. Ini dipanggil 'Operasi Tunisia'. Laman sesawang pihak penguasa di'serang' bertalu-talu. Mereka juga mendedahkan dokumen-dokumen sulit korupsi regim. Mereka juga berkongsi tips bagaimana untuk mengahadapi perang 'cyber', cara mengubah proxy supaya laman yang diban boleh diakses dan secara suka rela mereka juga memberikan tips bagaimana berhadapan dengan anggota polis. Regim Ben Ali kini tidak bermaya, dibelasah secukupnya oleh tentera alam maya. Twitter tidak berhenti-henti menyalurkan maklumat dan informasi.

Hari bersejarah bermula, revolusi berlaku. Dengan izin tuhan atas usaha rakyatnya, 14 Januari 2011, regim Ben Ali tersungkur sujud dikaki rakyatnya. Tertewas hanya kerana informasi. Adakah anda mempercayai tarikh atau nama mahupun angka didalam penulisan ini satu fakta? Rujuk 'alam maya' untuk kepastian.

Tuesday 24 January 2012

Tersungkurnya Raja di Hadapan Rakyat Yang "Hina"

Nepal protesters 4
"Perintah berkurung? Lagi tekan, kami LANGGAR!"
          Pom! Pom! Pang!. Bunyi bunga api tidak henti-henti di Khatmandu. Tawa riang mengantikan derita dan suram. Berjuta-juta rakyat berbondong-bondong saling berpegang tangan turun ke jalan. Setiap wajah memaparkan satu harapan. Ya. Satu harapan. Mereka mahukan reformasi landskap politik. Sudah serik dengan sistem Monarki mutlak Nepal sebelum ini.

          Kini berjuta-juta telah memenuhi Khatmandu. Kerabat DiRaja yang dahulunya gah, angkuh dengan kuasa dan pangkat kini tidak punyai apa. Lagak mereka tidak umah seperti Si Minoriti yang ketakutan akan kuasa Majoriti. "Rempuh! Rempuh! Rempuh!" - jerit seorang anak muda di lorong-lorong kecil di Khatmandu. Anggota bertugas tidak lagi mampu menghalang kebangkitan rakyat. Ada yang mengungkapkan rakyat tiba bagaikan Tsunami. Besar dan menakutkan.

          Rata-rata anak muda Nepal bangkit. Berita tersebar. Raja yang dulunya gah ditampuk kuasa kini bergegas mengemas bagasi dan beredar dari kediaman rasmi. Ya, kediaman rasmi yang jauh lebih gah berbanding kediaman rakyat kebiasaan di Nepal. "Raja sudah tiada! Sistem berakhir! Rakyat Bebas"- teriak anak muda yang bertongkat. Mereka berpelukan, menyanyi dan menari sambil diperhatikan anggota polis yang bertugas.

          Jana Adolan II (Pergerakan Rakyat 2.0), masih segar di minda setiap masyarakat Nepal. Mereka yang menjadi sebahagian dari sejarah pasti tidak akan melupakan perasaan manis itu. Apabila sang penguasa yang zalim, rakus dan korup dan mengamalkan sistem pemerintahan warisan akhirnya tersungkur hina begitu sahaja. Rakyat Nepal juga harus berterima kasih kepada pemisah Maoist dan SPA yang juga sedikit sebanyak menjadi pemangkin gerakan massa.

          18 Mei juga merupakan hari-hari yang tidak akan dilupakan dan merupakan tamparan hebat kepada sistem monarki. Dimana 90,000 tentera monarki kini ditempatkan di bawah penguasaan Parlimen. Cukai juga dikenakan terhadap kerabat dan aset-aset mereka, tidak seperti sebelum ini. Majlis Penasihat Raja juga telah dibubarkan. Pelbagai lagi reformasi telah dilaksanakan bagi menghadkan kuasa mutlak monarki sebelum ini.

           "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah"
"Kuasa di tangan Rakyat, tidak terletak mutlak pada seseorang individu sahaja"



Monday 23 January 2012

John Si Atheist

          John, sudah tidak lagi seperti dahulu. Kepercayaannya pada agama makin hari makin pudar. Kecewa! Itulah sahaja ungkapan yang John mampu ucapkan. Kecewa dengan apa yang berlaku pada dunia hari ini. Mengapa tiada lagi kasih sayag di dalam dunia ini? Mengapa di'halal'kan perperangan sesama manusia atas nama agama? Mengapa tidak aman, mengapa tidak sentosa. Kepercayaan John kepada agama terhakis hari demi hari setelah John memaksa dirinya diasak oleh 'persoalan' yang bermain difikirannya.

          Pertama sekali, John sering berfikir dan bertanya, benarkah tuhan itu wujud? Dimanakah beliau sekarang? Bagaimana proses kewujudan beliau? Siapa yang mencipta beliau? Ah, John melilau ke hulu dan ke hilir. Matanya terpaku memandang kitab sucinya yang terletak rapi di ruang tamu rumahnya. Kitab itu kelihatan berhabuk, usang, dan kelihatan tidak pernah diusik untuk sekian lama. John sering membaca, tetapi kadang-kala tidak memahami isi dan maksud yang cuba disampaikan.

          Kedua, John sering bertanyakan dirinya. Benarkah agama yang dianutinya merupakan agama yang benar? Apakah ukuran untuk menentukan kebenaran agama seseorang? John tertanya, mengapa sering beliau di ajar bahawa agama lain semuanya jahat, tamak, rakus dan hina. Maka agamanya sahaja yang mulia dan akan mendapat tempat di Syurga. John, berfikir sejenak, beliau mempunyai seorang kawan yang baik budi pekertinya, tetapi mereka berkiblatkan dua perkara berbeza. John tidak sanggup meninggalkan rakannya di Neraka. Kerana menurut fahaman agama John, agama lain akan di tempatkan di Neraka.

          Ketiga, John terfikir, bagaimana beliau tidak berdiri diatas agama yang? Bagaimana jika agama yang dianuti beliau sebenarnya tidak benar. Ada agama lain yang benar. John merasakan adakah dia akan di'campak' ke dalam neraka juga bersama keluarganya? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan John selama ini? Oh tidak, John menjadi semakin keliru. John semakin resah. John mula menjauhi diri dari rumah ibadat. John takut melihat rumah ibadat. Bagi John rumah ibadat dari kaca matanya hanyalah rumah 'penyebaran' propaganda jahat untuk mendoktrin masyarakat.

          Keempat, John mengasak dirinya dengan satu soalan lagi, mengapa tuhan membenarkan perperangan, persengketaan berlaku? Kenapa sebagai manusia kita tidak bersatu? Adakah agama yang kita katakan agen interagasi kini menjadi agen segregasi? Darah mereka membuak-buak kononnya berjuangan atas nama agama. Bagaimana dengan nyawa manusia yang tidak berdosa, anak kecil, warga tua, wanita yang juga dibunuh atas nama agama? John hanya harapkan suatu hari nanti semua agama jumpa erti damai, rabbi, imam, paderi bersatu hati. Semua hidup aman sentosa tanpa sengketa.

          John masih berjalan sendiri, mengharapkan sesuatu. Pernah John membisikan sesuatu "In the beginning man created GOD. There's probably no GOD". Suatu hari nanti mungkin tiada lagi sengketa bagi John. Kini John masih di perantauan menghayati seni setiap agama dan masyarakat. Harapannya mungkin akan bertemu kebenaran suatu hari nanti.



Kiriman TakSuban (Indonesia)

Sunday 8 January 2012

Piramid Sosial: Hakikat atau Mitos?

Hayati Piramid ini sebelum membaca

Aku Rakyat Marhean
Rakyat Marhean Di Taburi Janji
Aku seorang rakyat. Rakyat biasa yang tidak mempunyai apa. Aku tidak punyai kuasa, pangkat mahupun harta. Aku terpaksa bekerja keras untuk menampung kehidupan aku yang serba kekurangan dan kesempitan. Aku juga bekerja keras untuk memastikan syarikat besar mendapat untung berlipat ganda. Aku berkerja siang dan malam kerana aku tidak mempunyai kenalan yang mampu membawa aku naik untuk mencapai kemewahan. Sebagai rakyat bahawan, aku tidak mempunyai hak untuk bersuara, hak untuk berhimpun dan hak berekspresi. Semua hak-hak ini hanya milik mutlak golongan elit. Segala masalah dan keluhan aku tidak pernah dipeduli. Segala pintu diplomasi seolah-oleh terkunci rapi. Perlukah aku turun ke jalan menyatakan rasa amarah? Perlukan aku bangun melawan?  Atau aku hanya berserah? Haruskah aku serahkan semua hak-hak aku sebagai manusia bebas kepada mereka?

Aku Golongan Elit
"Aku tak pernah peduli!"
Aku tidak pernah merasa keperitan hidup. Hidup aku dilimpahi kemewahan. Apa yang aku nak, semuanya aku dapat. Aku mempunyai akses kepada semua jentera mahupun instrumen penguasa. Aku menguasai media. Aku hanya menyuruh media memaparkan berita-berita mengikut kehendakan aku. Media palsu ini akan aku sajikan buat rakyat bawahan. Aku ada harta, wang, kuasa. Setiap kali melangkah melakukan onar dan kezaliman, aku tidak pernah gusar. Kerana apa? Kerana aku mengawal semuanya. Aku mengawal ahli politik, aku mengawal badan kehakiman, aku mengawal pak polisi. Setiap langkah aku mempunyai imuniti. Rakyat yang bangkit melawan akan aku tindas. Akan aku tutup mulut mereka. Akan aku bataskan mereka dengan mengunci kaki dan tangan mereka. Telinga dan mata mereka akan aku pekakkan dan butakan. Supaya mereka tidak kenal lagi kebenaran dan kebatilan.

Aku Pengawal Keselamatan Rakyat
"Aku menurut perintah"
Penjaga kenteteraman rakyat. Itulah perkataan sering sebati dengan pekerjaan aku. Tetapi benarkah? Aku sangat berani, tegas dan tangkas melawan rakyat kecil yang cuba melalukan onar.  Tetapi aku sedikit terbatas dalam melaksanakan tugas aku terhadap golongan elit. Silap hari bulan, aku mungkin dipecat atau ditukarkan kawasan. Ah, cilaka ini semua. Aku hanya menurut perintah, ‘superior order’. Ya, ‘superior order’ yang bukan datangnya dari Tuhan. Tetapi datang dari sang penguasa yang rakus ingin mengekalkan kuasa. Aku harus akur dan patuh. Ini adalah pekerjaan aku. Aku terpaksa mencota kepala rakyat, membutkan muka mereka dan pancut ke atas mereka. Tetapi aku berbangga. Aku berkerja untuk menjaga kenteteraman. Ya, ketenteraman golongan atasan!

Aku “Jurucakap” Agama Negara
"Ikutlah aku menuju ke arah.."
Tugas aku mudah. Aku menjadi jurucakap agama. Perwatakan aku mudah mempengaruhi rakyat jelata. Aku lantang bersuara. Tetapi suara aku terhad. Suara-suara aku hanya memihak. Ya, memihak demi survival parti politik tertentu. Ya, aku sarankan rakyat bawahan bersyukur dengan apa yang ada walaupun aku tahu mereka berhak memperoleh lebih dari itu! Aku mengajar mereka taat, ya, taat! Taat kepada pemerintah negara.Tidak kira dalam semua aspek. Ada mengatakan menyarankan ‘prinsip taat membabi buta’. Tetapi terpulang pada rakyat untuk menilai. Jika rakyat ingin menentang pemerintah, aku akan katakan bahawa itu haram! Jika mereka mahu berdemostrasi, aku akan katakan demostrasi itu juga haram! Aku sangat ‘vokal’ dalam bersuara, jika rakyat marhean yang melakukan onar. Tetapi jika pemimpin yang melakukan ‘onar’, aku sedikit menikus. Maklumlah, periuk nasi juga harus aku jaga. Jadi aku harus bermuka-muka.

Aku Sang Penguasa
"Aku bersumpah bla bla bla"
Aku yang paling berkuasa dalam struktur sosial ini. Walaupun secara perundangannya aku tidak mengawal jentera dan instrumen negara, secara realitinya ya!. Aku menguasai dan mempengaruhi badan legislatif, esekutif dan kehakiman. Aku mengikut citarasa aku untuk melahirkan dasar dan polisi. Apa yang penting ialah kelangsungan survival politik aku dan parti. Aku mempunyai kuasa didalam tanah jajahan aku walaupun aku merupakan golongan minoriti memandangkan rakyatlah majoriti. Tetapi dengan kuasa yang aku ada, aku mampu menundukan mereka dengan undang-undang fasis yang bersifat opresif terhadap rakyat. Tangan,kaki, mulut, mata dan telingga rakyat di’bungkamkan. Ia penting demi menjamin kelangsungan survival parti politik aku untuk terus kekal 'releven' dalam pemerintahan.