Perhimpunan 9 Julai semakin hari semakin panas. Mereka yang berada tampuk kuasa kini gusar dan gelisah. Sehari suntuk memikirkan strategi yang boleh digunakan untuk mengagalkan perhimpunan 9 Julai, yang boleh dianggap salah satu perhimpunan bersejarah bagi rakyat dalam menuntut pilihanraya bersih dan adil. Sehingga hari ini, pelbagai teori dan spekulasi dilontarkan pelbagai pihak. Antaranya:-
Rusuhan Kaum
Sejak Gerak Aman dilancarkan di Padang Kelab Sulaiman oleh Presiden PERKASA, angin-angin perkauman dilihat bertiup kencang. Ucapan Presiden PERKASA dikecam oleh pelbagai pihak kerana berbaur ugutan dan perkauman dan boleh menjerumus ke arah rusuhan kaum. SMS ugutan berunsur perkauman juga dihantar kepada Pengerusi BERSIH Dato Ambiga. Ini mengingatkan kita tentang peristiwa 14 Mei 1998 di Jakarta. Demostrasi pada mulanya menuntut Presiden Suharto meletak jawatan atas dakwaan korupsi, bertukar menjadi rusuhan kaum. Ada pihak berpendapat rusuhan kaum itu sengaja dilakukan bagi mengalih perhatian rakyat tentang isu pokok yang sebenar, iaitu isu korupsi Presiden Suharto.
Pertempuran
Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PERKASA, Gerak Aman, Patriot di tafsir oleh rakyat seolah-olah mereka mahukan pertembungan fizikal dengan peserta himpunan BERSIH. Jika ini benar-benar berlaku, ia amat mendukacitakan dan amat memalukan. Hak untuk berhimpun secara aman termaktub di dalam perlembagaan. Pelbagai pihak berhak menyuarakan bantahan secara aman. Tidak perlulah kehendak mereka dihalang dengan begitu sekali. Seolah-olah kita berada di negara yang mengamalkan konsep opresi dan supresi terhadap rakyat. Jika diimbas kembali, di Amerika Syarikat pernah terjadi demostrasi pertembungan antara dua pihak, antara Klu Klux Klan (yang terkenal dengan isu perkaumannya) dan sebuah kumpulan rakyat yang menolak isu perkauman. Walaubagaimanapun, kesemuanya berjalan dengan lancar dengan bantuan pihak berkuasa mengawal keselamatan kedua pihak tanpa memilih bulu dan bertindak secara profesional. Terdapat juga pertempuran antara dua kumpulan baru-baru ini, sebagai contoh di Mesir, kumpulan pro-Hosni Mubarak bertempur dengan kumpulan yang mahu mengulingkan pemerintahan diktator Hosni Mubarak.
Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA)
Ini merupakan senjata ampuh bagi pihak berkuasa untuk mengagalkan perhimpunan 9 Julai. Kebelakangan ini media massa mencanangkan isu pengunaan ISA terhadap mereka yang menganjurkan perhimpunan ini. Pengunaan ISA akan di justifikasikan atas nama keselamatan negara. Ada pihak berpendapat apabila pemimpin dan pengerakan utama BERSIH di ISAkan maka perhimpunan ini akan lumpuh. Tetapi ini juga ibarat jalan mati, di khuatiri dengan mengunakan ISA, ini akan mengugat Barisan Nasional pada PRU 13 akan datang apabila rakyat bangkit menolak Barisan Nasional. Tangkapan ISA secara ‘berjemaah’ bukanlah sesuatu perkara yang baru, ini mengingatkan kita semula tentang Operasi Lalang 1987.
Kawalan Keselamatan
Sasaran bilangan peserta BERSIH agak mengerunkan. Bilangan yang boleh dikategorikan sangat besar untuk sesebuah perhimpunan aman. Jadi tidak terkejutlah pihak berkuasa juga akan melipat gandakan sekatan jalanraya menjelang hari tersebut. Bas-bas yang membawa peserta sudah pastinya akan ditahan sebelum sampai ke destinasi, ini mengingatkan kita tentang peristiwa bas peserta “Walk for Justice” yang ditahan sebelum memasuki ‘gelangang’. Seperti biasa, sebelum perhimpunan sebenar bermula, akan berlaku pesta tangkapan ‘berjemaah’, ini hanya merupakan ‘psychological warfare’ untuk melemahkan semangat dan moral peserta. Itu sahaja, tidak lebih dari itu. Sasaran utama mereka ialah, mereka yang memakai baju BERSIH dalam kumpulan yang kecil. Golongan sasaran inilah yang akan memenuhi trak-trak polis untuk sesi pra-perhimpunan, mungkin perhimpunan Anti ISA pada 1 Ogos boleh dijadikan pedoman dan pengajaran.
DBKL dan ATM
Terdapat juga spekulasi dan khabar angin yang betiup kencang, kononnya, pihak penguatkuasa DBKL juga akan bekerjasama dengan anggota polis untuk mengawal keselamatan. Ya, bilangan anggota polis jauh lebih kecil dibandingkan dengan bilangan peserta demostrasi dari BERSIH, GERAK AMAN dan PATRIOT (UMNO). Terdapat juga khabar angin kononnya ATM akan turut memberi kerjasama untuk mengawal keadaan pada hari tersebut mengikut ‘public order manual’.
Darurat dan Telekomunikasi
Terdapat juga spekulasi-spekulasi nakal yang mengatakan kononnya pada hari tersebut akan diisytiharkan darurat untuk mengelakkan rakyat berbondong-bondong turun ke jalan bagi menyatakan tuntutan. Tersebar pula di Twitter kononnya pada hari tersebut semua rangkaian telekomunikasi akan diputuskan. Ini akan menyukarkan perhubungan antara mereka untuk menjayakan BERSIH 2.0 kali ini. Mengingatkan kita bagaimana Hosni Mubarak mencantas Internet dan menisytiharkan darurat di Mesir untuk mengelakkan maklumat untuk menjatuhkan beliau tersebar luas di kalangan rakyat Mesir.
Walaubagaimanapun, spekulasi hanyalah spekulasi, tiada fakta yang dapat menghuraikannya. Inilah sebahagian spekulasi dan teori yang dilontarkan pelbagai pihak. Diminta semua peserta demostrasi berniat BERSIH, berfikiran BERSIH, dan mengelakkan diri dari terjebak mainan politik pihak tertentu yang cintakan rusuhan, provokasi dan pergaduhan. Tetapi sedikit pelik, walau sebanyak mana ugutan dan amaran, rakyat seolah-olah hilang deria dan perasaan takut. Rakyat seolah-oleh berpegang pada prinsip ‘lagi tekan, lagi lawan’. Keberanian rakyat kebelakangan ini mungkin menjadi penentu masa depan negara pada pada PRU 13 kelak.
No comments:
Post a Comment