Teks berdasarkan Penyataan Rasmi Parlimen Ke Empat, Penggal Ketiga Tahun 1977. Puan Hajjah Salmah Sheikh Hussein meminta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri memberi penjelasan mengenai pertubuhan Freemason yang hangat diperkatakan sekitar tahun 1970an.
FREEMASONARY
5. Puan Hajjah Salmah binti Sheikh Hussein:
minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
menyatakan
(a) samada Freemasonary sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta
Pertubuhan 1966, No. 160 (Selangor) telah diseludupi oleh pihak Zionisma
(Yahudi) yang bertujuan menaklukkan dunia, memperhambakan sekelian
manusia dari 'segi ekonomi atau sebagainya; dan pada masa ini Negaranegara Islam seperti Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Pakistan dan lain-lain telahpun
mengharamkan pertubuhan sulit ini.
Adakah Kerajaan Malaysia akan berbuat demikian jika ya, bila, dan jika
tidak, mengapa; dan
(b) samada beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri Sarawak Datuk
Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'akub yang ada menyatakan dalam satu pertemuan khas dengan Surat khabar mingguan "Suara Merdeka" bertarikh 6-3-1977 yang mana beliau mensifatkan Freemason lebih bahaya dari ancaman kominis. Katanya lagi Freemasonary merupakan satu organisasi yang tersusun rapi yang dipelopori oleh Yahudi untuk menguasai umat manusia. Di ruangan yang sama Tun Datu Haji Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah yang juga presiden Pertubuhan Islam Sabah (USIA) menegaakan Freemasonary ialah satu organisasi yang cukup bahaya. Dalam "Suara Merdeka" keluaran 13-3-77 Ketua Pengarah Jabatan Ugama Islam Selangor Tuan Haji Mohd. Talha bin Abdul Rahman mengatakan "Pertubuhan Freemason adalah pertubuhan yang ingin memusnahkan Islam serta memesongkan umat Islam kepada ajaran Yahudi. Ia mesti ditentang". Jika beliau bersetuju dengan kenyataan tiga tokoh di atas apakah tindakan Kementerian ini berikutnya.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri (Datuk Shariil Ahmad):
Tuan Yang di-Pertua,
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Sukalah saya hendak menegaskan bahawa kegiatan Freemason di Malaysia telah menarik perhatian pihak berkuasa sejak beberapa tahun yang lampau dan pengawasan yang rapi terhadap pergerakan mereka sentiasa dijalankan. Menurut lapuran polis sehingga ini tidaklah terdapat bukti
yang nyata yang menunjukkan bahawa ahli-ahlinya telah menjalankan kegiatan yang boleh dianggap sebagai mengancam keselamatan negara atau
ketenteraman awam. Oleh yang demikian, selagi kegiatan mereka tidak bertentangan dengan kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam, maka Kementerian ini tidaklah dapat mengambil apa-apa tindakan terhadapnya.
Sejak akhir-akhir ini dalam Parlimen ataupun akhbar-akhbar issue Freemason telah dibangkitkan dengan soal ugama dan dikatakan mengancam kedudukan ugama Islam. Dalam hal ini maka Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri tidaklah mempunyai kemampuan untuk menentukannya dan dengan itu Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah memutuskan supaya issue Freemason ini dirujukkan kepada Majlis Hal Ehwal Ugama Islam Pusat untuk memberikan kepada Kementerian ini satu panduan atau fatwa.
Sungguhpun begitu Kementerian ini tidaklah berlepas tangan
dan sebaliknya akan terus mengikuti perjalanan pertubuhan ini dan sedang
menjalankan siasatan terhadapnya.
Dalam hal ini Kementerian juga mempelawa kepada sesiapa orang yang
mempunyai sebarang keterangan dan bukti yang nyata tentang Freemason di
negara ini yang bergiat kearah yang bertentangan dengan ugama Islam
supaya tampil ke hadapan dan membawa perkara itu kepengetahuan pihak
kami. Kementerian ini akan menimbangkan tindakan yang sewajarnya
selepas menerima fatwa dari penyelidikan pihak Majlis Hal Ehwal Ugama
Islam Pusat kelak.
(b) Berkenaan dengan soalan kedua pula,
sukalah saya menyatakan bahawa ketiga-tiga tokoh itu iaitu Yang Berhormat Tun Datu Haji Mustapha, Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'akub
dan Tuan Haji Mohd.Talha hanya telah memberikan pandangan masing-masing. Kementerian ini tidak dapat menyatakan benar atau tidaknya pendapat mereka itu selagi tidak ada panduan-panduan yang jelas dan nyata
berhubung dengan soal ugama.
Berhubung dengan soal pengharaman Freemason di negara-negara
Arab kita tidak dapatlah memberikan apa-apa ulasan tetapi kita akan berhubung dengan kedutaan-kedutaan kita di luar negeri untuk mendapatkan keterangan-keterangan yang sebenamya.
Raja Datuk Nang Chik bin Raja Ishak:
Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.
Pada tahun 1966 sahaja Freemason ini telah
didaftarkan. Sebelum itu iaitu masa penjajahan Freemason ini adalah satu society yang tidak didaftarkan, oleh kerana itu dianggap oleh orang Putih-kita orang Melayu kata "Rumah Hantu" kerana rumah itu
gelap, oleh kerana tempat itu adalah tempat
sembahyang dan ianya tidak didaftarkan
dan mengikut sumpahnya Freemason ini
mula-mula hendak bersumpah ada tengkorak
dan ada tulang. Jadi bersumpah dengan
tengkorak dan tulang ini adalah semacam
sumpahan secret society. Jadi dengan sebab
itu jikalau Freemason ini boleh didaftarkan,
bolehkah secret society yang lain yang bertaburan di Kuala Lumpur ini dengan turis darah masuk dalam cawan dan diminum dilepaskan oleh pihak Kerajaan?
Datuk Shariff Ahmad :
Tuan Yang diPertua, saya tidak tahu bagaimana keadaan
di dalam rumah itu sebab ;saya pun tidak
pernah masuk, barangkali Yang Berhormat
itu lebih maklum beliau pun barangkali
sudah masuk, saya tidak tahulah (Ketawa),
cuma seperti saya katakan tali Kementerian
ini mewarisi pendaf taran yang sudah lama
dan kami berada dalam keadaan yang serba
salah. Kalau hendak dibatalkan begitu sahaja
mengikut seperti yang saya katakan tadi tidak
melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan maka itulah sebabnya Yang Berhormat Menteri telah mengarahkan saya supaya perkara ini kita bawa kepada pihak yang authority dalam soal ugama ini untuk mendapatkan
satu-satu fatwa. Jadi, tidak dapat saya menerangkan lebih daripada itu kerana tengkorak atau bukan tengkorak saya tidak masuk ke
dalamnya.
Puan Hajjah Salmah binti Sheikh Hussein:
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan :
(a) Setahu ;saya kata ahli-ahli Freemason
ini sembang-sembang dan minumminum, sahaja;
(b) setahu saya setiap yang akan jadi ahli
Freemason ini mesti mengangkat
sumpah.
Jadi, saya hendak membuat beberapa
coal kepada Yang Berhormat Timbalan
Menteri :
(i) Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi fahaman kepada Dewan ini hanya minum-minum, sembang-sembang dan kebajikan sahaja terpaksa mesti bersumpah bagi orang-orang Islam?
(ii) Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat mengatakan bahawa
sumpah dengan memegang Kuran itu seolah-olah main-main sahaja?
(iii) Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar tidakkah bersumpah
dengan nama Allah itu telah menjerat diri orang yang bersumpah dan akan
dipatuh kepada apa yang diikrar akan memudarat diri dengan berbagai-bagai
cara kecelakaan?
(iv) Mengikut Pendaftar Pertubuhan, Encik Kassim Mohd. Amin, dalam Utusan
Melayu, 20hb April, 1977 syarat pertama memasuki Freemason itu mesti
percaya kepada kekuasaan Tuhan.
Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan Tuhan yang mana yang dipercayai oleh Ahli-ahli yang berugama Islam? Jika jawabnya, Allah maka mengapa pula mengangkat Al-Kuran bagi penganut-penganut berugama Islam sewaktu mahu menjadi ahli Freemason
di dalam "Rumah Hantu" ini.
Datuk Shariff Ahmad :
Tuan Yang diPertua, saya sudah katakan tali saya ini
Tuan Yang diPertua, saya sudah katakan tali saya ini
bukan mufti. Soal yang dikemukakan ini semuanya berkait dengan sumpah, Allah dan sebagainya. Oleh kerana inilah yang menyebabkan Kementerian ini susah hendak bertindak. Maka itulah sebabnya Yang Berhormat Menteri putuskan oleh kerana kita ini tidak berkemampuan dalam soal ini
berkaitan dengan ugama kita kena cari kepada pihak yang authority dalam ugama mi. Barangkali Yang Berhormat Puan itu lebih mahir dalam perkara ini, silalah kemukakan pandangan-pandangan itu untuk kami timbangkan dan dengan pandangan itu serta fatwa yang bakal diberikan oleh Majlis
Ugama Islam ini, bolehlah kita mengambil sesuatu sikap.
Datuk Haji Abdul Razak bin Haji Hussin:
Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak bertanya sedikit sahaja kepada
Yang Berhormat Timbalan Menteri beliau
hendak rujuk kepada Majlis Hal Ehwal
Ugama Islam Pusat atau kepada Majlis
Raja-Raja. Ini sahaja yang saya hendak
penjelasan daripada Yang Berhormat sebab
penerangan itu pada saya tidak fair kerana
kuasa ugama pada negeri-negeri terpulang
kepada Raja dalam sesebuah negeri, tetapi
dalam Wilayah Persekutuan yang kawasannya 94 batu ini saya hendak cuba betulkan dan kalau saya salah harap betulkan sekali
lagi.
Datuk Shanif Ahmad :
Tuan Yang diPertua, yang saya maksudkan Majlis Ugama Islam Pusat ini meliputi seluruh negeri yang ada wakil di dalamnya, cuma barangkali terlalu awal kalau kita serahkan kepada Majlis Raja-Raja perkara ini kerana ada lagi badan yang agak tangga pertama yang patut kita
pergi.
Datuk Haji Abdul Razak bin Haji Hussin:
Untuk penjelasan kepada Timbalan Menteri
kerana perkara ini kadang-kadang kita lupa.
Ada dua negeri dalam Malaysia yang tidak
masuk dan tidak terikat dengan Majlis
Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam itu.
Tuan Yang di-Pertua: Itu soalan lain.
Datuk Haji Abdul Razak bin Haji Hussin:
Saya hendak menerangkan perkara itu
sebenarnya.
Datuk Shariff Ahmad :
Tuan Yang diPertua, itu kena kira kemudianlah! (Ketawa)
Datuk Mansor bin Mohamad :
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya sedikit sahaja, kalau boleh tujuan saya hendak menamatkan dengan segera perbincangan ini. Kalau menurut soalan-soalan dan juga menurut siaran-siaran yang ada juga saya
terima pertubuhan Freemasons ini telah berada di negara kita terlampau lama sehingga sampai 100 tahun dan mengikut siaran itu sebagaimana yang ditulis bukan main dahsyat aktivitinya hendak menjahanamkan ugama dan sebagainya. Kalau menengok daripada risalah itu, kalau sudah
sampai 100 tahun sudah ada di tanahair kita ini kenapa baru sebulan-dua ini timbul seolaholah orang ini semua jadi ajen hendak mengembangkan supaya orang lebih tahu, selbenarnya tentang Freemasons mi. Kalau di
Trengganu saya tak pernah dengar pun tetapi dengan adanya siaran akhbar baharu-baharu ini, barulah kami dengar dikatakan hendak
menjahanamkan ugama dan lain-lain. Saya hendak tumpang bertanya sudah adakah banyak buktinya. Sebab apa yang disebutkan
melibatkan Naib Yang di-Pertua PERKIM sebagai Ahli Freemasons dan beberapa banyak tokoh lagi, sedangkan orang ini
sedang giat mengembangkan ugama, setahu kami PERKIM di Trengganu bergiat mengembangkan ugama kerana hendak menarik orang ramai patuh kepada Tuhan, tetapi dengan adanya siaran ini seolah-olah
mereka itu satu daripada pihak yang akan
menjahanam ugama, berlawanan sama sekali.
Jadi, saya ingin tahu adakah bukti sampai
hari ini mereka itu telah merosakkan ugama
sebagaimana yang dihebohkan atau dipropagandakan itu?
Datuk Shariff Ahmad :
Tuan Yang diPertua, perkara heboh dalam suratkhabar itu
suatu perkara dan tak boleh kita ambit perkara yang keluar dalam suratkhabar sebagai
satu perkara yang menjadi rumusan untuk
kita bertindak kerana kita kena halusi
perkara itu. Tetapi itulah sebabnya Kementerian ini seperti saya katakan tadi merojokkan kepada Majlis Ugama Pusat kerana
mengikut tafsiran Kementerian ini Freemasons
didaftarkan pada masa dahulu supaya kita
jaga dan mengikut lapuran yang kita dapati
mengatakan badan amal. Tetapi orang luar
mengatakan lain pula. Jadi kita bagi pihak
Kementerian tak dapat hendak memberikan
satu-satu keputusan yang tepat oleh kerana
di waktu akhir ini seperti kata Ahli Yang
Berhormat dikaitkan dengan ugama. Itulah
sebab kita hendak halusi lagi, biarlah pihak
yang ada authority dalam perkara ini memutuskan dan kami hanya akan menjalankan sahaja.
Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak:
Soalan Tambahan. Saya hendak bertanya di
dalam society yang lain juga pihak Kerajaan
boleh, kalau sudah begini gayanya dalam
akhbar begitu banyak disentuh, Menteri pun
tak tahu apa hendak dijawab, saya pun tak
tahu apa aktiviti di dalam "Rumah Hantu"
itu. Boleh atau tidak ditubuhkan satu
Jawatankuasa mengandungi pegawai atau
prang yang tidak menjadi ahli Freemasons
macam saya ini untuk pergi menengok di
waktu mereka sembahyang, melihat apa
yang dibuatnya. Pada fikiran saya tentulah
kita boleh masuk menengok. Oleh itu boleti
atau tidak perkara ini dibuat oleh Menteri
yang bertanggungjawab.
Datuk Shari Ahmad:
Tuan Yang diPertua, saya sudah katakan tali sungguhpun
kita rujukkan kepada Majlis Ugama Pusat,
kita pun menyiasat juga tetapi barangkali
untuk mengadakan committee, kita tengok
hasil daripada penyiasatan itu dan kalau
perlu bolehlah saya jemput Ahli Yang
Berhormat itu memberi tafsiran detail dalam
menolong kita untuk contribute kepada
penyiasatan kita.
Puan Hajjah Salmah binti Sheikh Hussein:
Soalan tambahan. Adakah benar dalam
syarat-syarat Akta Pertubuhan setiap Pertubuhan mesti meletakkan papan tanda di luar bangunan mereka? Kalau tadi saya
sentuh masaalah ugama, sekarang masaalah
lain. Jika benar, mengapa pertubuhan
Freemasons dikecualikan sedangkan mengikut
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di
Dewan Rakyat path 28-3-1977 Pertubuhan
Freemasons ada 51 Lodges (Rumah Hantu)
di Malaysia dan adakah Yang Berhormat
Menteri bersetuju pada hari ini dengan kenyataan Datuk Patinggi Abdul Rahman
Yaakub yang mensifatkan Freemasons lebih
berbahaya dari ancaman kominis.
Datuk Sharifl Ahmad:
Tuan Yang diPertua, kalau disifatkan begitu, begitulah
keadaannya
No comments:
Post a Comment