Search

Tuesday, 20 December 2011

Adam Adli Si Penurun Bendera

Adam Adli Si Penurun Bendera
               
Setelah selesai menghantar memorandum dan ucapan-ucapan bersemangat di hadapan pejabat SUHAKAM. Kumpulan Mahasiswa yang mendesak kebebasan akademik meluru laju ke PWTC. Bukan berniat untuk merempuh, tetapi sudah diberitahu Timbalan Menteri Pendidikan, Saifuddin Abdullah berada di sana. Difahamkan, beliau sedia maklum akan kehadiran Mahasiswa dan terbuka untuk menerima sebarang memorandum.
               
Di saat Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berucap, difahamkan ‘budak-budak nakal’ ini dalam diam-diam menurukan bendera wajah Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Najib. Perbuatan ini tidak disedari oleh mahasiswa yang lain pada mulanya. Dalam sekelip mata, bendera Najib diturunkan dan bendera mahasiswa di kibarkan. Seperti selesai menawan markas musuh.
             
  Media massa heboh, kecoh dan riuh mencanangkan bahawa mahasiswa yang melakukan perbuatan tersebut biadap. Isu ini berjaya mengalihkan apa sebenarnya tuntutan mahasiswa. Rata-rata kini tidak berbicara mengenai tuntutan mahasiswa tetapi berbicara mengenai bendera yang diturunkan. Sekali lagi isu berjaya dialihkan. Di sini, secara jujur, perang sarafnya, perjuangan mahasiswa agak sedikit tercalar apabila terdapat golongan yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.
               
Tetapi, pada masa yang sama, mengapa tidak dipersoalkan bendera MAHASISWA yang dinaikan? Mengapa bendera itu dikibarkan? Media massa berjaya mengalihkan isu sehingga, apa yang dituntut mahasiswa dikaburkan. Dalam masa yang sama, penentang-penentang rejim facis mengangkat Adam Adli sebagai wira. Kenapa? Kerana beliau seorang mahasiswa, anak muda yang berani membuat ‘onar’ di kubu kuat UMNO/BARISAN NASIONAL di PWTC.
               
Walaupun beliau menerima pelbagai ugutan dan ancaman, itu adalah lumrah alam di dalam landskap politik tanah air. Usah gentar, usah gusar. Isu turun bendera bukanlah isu yang besar, ramai lagi pemimpin dinegara luar di’londeh’kan rakyat di atas jalan. Dibunuh rakyatnya sendiri. Kembali kepada isu pokok, isu mahasiswa!

Tepuk dada tanya selera. Wajar atau tidak bendera Najib diturunkan?


sumbangan pembaca AhLuL Lufti

1 comment: