Search

Sunday, 8 January 2012

Piramid Sosial: Hakikat atau Mitos?

Hayati Piramid ini sebelum membaca

Aku Rakyat Marhean
Rakyat Marhean Di Taburi Janji
Aku seorang rakyat. Rakyat biasa yang tidak mempunyai apa. Aku tidak punyai kuasa, pangkat mahupun harta. Aku terpaksa bekerja keras untuk menampung kehidupan aku yang serba kekurangan dan kesempitan. Aku juga bekerja keras untuk memastikan syarikat besar mendapat untung berlipat ganda. Aku berkerja siang dan malam kerana aku tidak mempunyai kenalan yang mampu membawa aku naik untuk mencapai kemewahan. Sebagai rakyat bahawan, aku tidak mempunyai hak untuk bersuara, hak untuk berhimpun dan hak berekspresi. Semua hak-hak ini hanya milik mutlak golongan elit. Segala masalah dan keluhan aku tidak pernah dipeduli. Segala pintu diplomasi seolah-oleh terkunci rapi. Perlukah aku turun ke jalan menyatakan rasa amarah? Perlukan aku bangun melawan?  Atau aku hanya berserah? Haruskah aku serahkan semua hak-hak aku sebagai manusia bebas kepada mereka?

Aku Golongan Elit
"Aku tak pernah peduli!"
Aku tidak pernah merasa keperitan hidup. Hidup aku dilimpahi kemewahan. Apa yang aku nak, semuanya aku dapat. Aku mempunyai akses kepada semua jentera mahupun instrumen penguasa. Aku menguasai media. Aku hanya menyuruh media memaparkan berita-berita mengikut kehendakan aku. Media palsu ini akan aku sajikan buat rakyat bawahan. Aku ada harta, wang, kuasa. Setiap kali melangkah melakukan onar dan kezaliman, aku tidak pernah gusar. Kerana apa? Kerana aku mengawal semuanya. Aku mengawal ahli politik, aku mengawal badan kehakiman, aku mengawal pak polisi. Setiap langkah aku mempunyai imuniti. Rakyat yang bangkit melawan akan aku tindas. Akan aku tutup mulut mereka. Akan aku bataskan mereka dengan mengunci kaki dan tangan mereka. Telinga dan mata mereka akan aku pekakkan dan butakan. Supaya mereka tidak kenal lagi kebenaran dan kebatilan.

Aku Pengawal Keselamatan Rakyat
"Aku menurut perintah"
Penjaga kenteteraman rakyat. Itulah perkataan sering sebati dengan pekerjaan aku. Tetapi benarkah? Aku sangat berani, tegas dan tangkas melawan rakyat kecil yang cuba melalukan onar.  Tetapi aku sedikit terbatas dalam melaksanakan tugas aku terhadap golongan elit. Silap hari bulan, aku mungkin dipecat atau ditukarkan kawasan. Ah, cilaka ini semua. Aku hanya menurut perintah, ‘superior order’. Ya, ‘superior order’ yang bukan datangnya dari Tuhan. Tetapi datang dari sang penguasa yang rakus ingin mengekalkan kuasa. Aku harus akur dan patuh. Ini adalah pekerjaan aku. Aku terpaksa mencota kepala rakyat, membutkan muka mereka dan pancut ke atas mereka. Tetapi aku berbangga. Aku berkerja untuk menjaga kenteteraman. Ya, ketenteraman golongan atasan!

Aku “Jurucakap” Agama Negara
"Ikutlah aku menuju ke arah.."
Tugas aku mudah. Aku menjadi jurucakap agama. Perwatakan aku mudah mempengaruhi rakyat jelata. Aku lantang bersuara. Tetapi suara aku terhad. Suara-suara aku hanya memihak. Ya, memihak demi survival parti politik tertentu. Ya, aku sarankan rakyat bawahan bersyukur dengan apa yang ada walaupun aku tahu mereka berhak memperoleh lebih dari itu! Aku mengajar mereka taat, ya, taat! Taat kepada pemerintah negara.Tidak kira dalam semua aspek. Ada mengatakan menyarankan ‘prinsip taat membabi buta’. Tetapi terpulang pada rakyat untuk menilai. Jika rakyat ingin menentang pemerintah, aku akan katakan bahawa itu haram! Jika mereka mahu berdemostrasi, aku akan katakan demostrasi itu juga haram! Aku sangat ‘vokal’ dalam bersuara, jika rakyat marhean yang melakukan onar. Tetapi jika pemimpin yang melakukan ‘onar’, aku sedikit menikus. Maklumlah, periuk nasi juga harus aku jaga. Jadi aku harus bermuka-muka.

Aku Sang Penguasa
"Aku bersumpah bla bla bla"
Aku yang paling berkuasa dalam struktur sosial ini. Walaupun secara perundangannya aku tidak mengawal jentera dan instrumen negara, secara realitinya ya!. Aku menguasai dan mempengaruhi badan legislatif, esekutif dan kehakiman. Aku mengikut citarasa aku untuk melahirkan dasar dan polisi. Apa yang penting ialah kelangsungan survival politik aku dan parti. Aku mempunyai kuasa didalam tanah jajahan aku walaupun aku merupakan golongan minoriti memandangkan rakyatlah majoriti. Tetapi dengan kuasa yang aku ada, aku mampu menundukan mereka dengan undang-undang fasis yang bersifat opresif terhadap rakyat. Tangan,kaki, mulut, mata dan telingga rakyat di’bungkamkan. Ia penting demi menjamin kelangsungan survival parti politik aku untuk terus kekal 'releven' dalam pemerintahan.

No comments:

Post a Comment