Search

Tuesday, 24 January 2012

Tersungkurnya Raja di Hadapan Rakyat Yang "Hina"

Nepal protesters 4
"Perintah berkurung? Lagi tekan, kami LANGGAR!"
          Pom! Pom! Pang!. Bunyi bunga api tidak henti-henti di Khatmandu. Tawa riang mengantikan derita dan suram. Berjuta-juta rakyat berbondong-bondong saling berpegang tangan turun ke jalan. Setiap wajah memaparkan satu harapan. Ya. Satu harapan. Mereka mahukan reformasi landskap politik. Sudah serik dengan sistem Monarki mutlak Nepal sebelum ini.

          Kini berjuta-juta telah memenuhi Khatmandu. Kerabat DiRaja yang dahulunya gah, angkuh dengan kuasa dan pangkat kini tidak punyai apa. Lagak mereka tidak umah seperti Si Minoriti yang ketakutan akan kuasa Majoriti. "Rempuh! Rempuh! Rempuh!" - jerit seorang anak muda di lorong-lorong kecil di Khatmandu. Anggota bertugas tidak lagi mampu menghalang kebangkitan rakyat. Ada yang mengungkapkan rakyat tiba bagaikan Tsunami. Besar dan menakutkan.

          Rata-rata anak muda Nepal bangkit. Berita tersebar. Raja yang dulunya gah ditampuk kuasa kini bergegas mengemas bagasi dan beredar dari kediaman rasmi. Ya, kediaman rasmi yang jauh lebih gah berbanding kediaman rakyat kebiasaan di Nepal. "Raja sudah tiada! Sistem berakhir! Rakyat Bebas"- teriak anak muda yang bertongkat. Mereka berpelukan, menyanyi dan menari sambil diperhatikan anggota polis yang bertugas.

          Jana Adolan II (Pergerakan Rakyat 2.0), masih segar di minda setiap masyarakat Nepal. Mereka yang menjadi sebahagian dari sejarah pasti tidak akan melupakan perasaan manis itu. Apabila sang penguasa yang zalim, rakus dan korup dan mengamalkan sistem pemerintahan warisan akhirnya tersungkur hina begitu sahaja. Rakyat Nepal juga harus berterima kasih kepada pemisah Maoist dan SPA yang juga sedikit sebanyak menjadi pemangkin gerakan massa.

          18 Mei juga merupakan hari-hari yang tidak akan dilupakan dan merupakan tamparan hebat kepada sistem monarki. Dimana 90,000 tentera monarki kini ditempatkan di bawah penguasaan Parlimen. Cukai juga dikenakan terhadap kerabat dan aset-aset mereka, tidak seperti sebelum ini. Majlis Penasihat Raja juga telah dibubarkan. Pelbagai lagi reformasi telah dilaksanakan bagi menghadkan kuasa mutlak monarki sebelum ini.

           "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah"
"Kuasa di tangan Rakyat, tidak terletak mutlak pada seseorang individu sahaja"



No comments:

Post a Comment