Solusi Informasi 'Sesat'
Tidak dinafikan mana-mana penguasa di dalam dunia akan mengunakan media massa sehabis baik untuk melonjakkan imej mereka. Mereka akan 'melobi' media massa untuk menceritakan sesuatu yang indah untuk rakyat mereka. Ini adalah salah satu cara meningkatkan populariti melalui propaganda. Bagi sang penguasa yang gilakan kuasa, 'Projek Pembodohan Rakyat' harus dilakukan. Rakyat akan didoktrinisasi dengan dakyah-dakyah yang hanya memihak kepada mereka. Kebiasaannya kebebasan maklumat akan dipertikaikan jika wujud anasir 'media massa'm ditunggang pihak tertentu.
Indeks kebebasan media di Malaysia kajian Freedom House, Malaysia ditangga ke 143 pada tahun 2011? Kebangaan?
Contoh:-
Mengapa China mengawal kemasukan berita kebangkitan Dunia Arab ke negara mereka?
Percayakah anda Osama Bin Laden telah terkorban?
Percayakah anda sehingga tahun 2011 kematian tentera US di Iraq dalam lingkungan 4,500 orang?
Percayakah anda jumlah kematian penentang US di Iraq berjumlah 55,000?
Disini anda tahu peranan informasi?
Menyampaikan kebenaran atau doktrinisasi?
Informasi Berkuasa
Melalui Facebook, Twitter sahaja, rakyat di Tunisia mampu bersama-sama turun ke jalan menuntut keadilan sosial dan ekonomi yang sebelum ini telah lama hilang dibawah pemerintahan kuku besi Ben Ali. Facebook, dan Twitter menjadi media alternatif kepada rakyat Tunisia ketika itu memandangkan media massa tenat dengan cerita mengagungkan pemerintahan Ben Ali, kononnya rakyat harus 'wala' kepada pemerintahan beliau. Melalui medium ini juga, rakyat mampu di'susun' sehabis cantik untuk menumbangkan rejim Ben Ali. Menarik bukan?
Revolusi Dunia Arab:Tunisia
Revolusi di Tunisa tidak berlaku semalaman. Ia tidak mengambil masa sehari untuk memobalisasi rakyat untuk turut sama berjuang. Ia bermula seminggu sebelum. Anak muda Bouzazi membakar dirinya dihadapan bangunan kerajaan sebagai tanda protes tindakan pihak berkuasa terhadap perniagaannya.
Peristiwa ini tersebar ke serata dunia melalui Twitter, Youtube, Facebook dan sebagainya. Ya, medium ini membuatkan informasi lebih cepat dan laju berbanding media massa Tunisia pada ketika itu.
Apabila berita ini tersebar diseluruh dunia, masyarakat dunia menyatakan solidariti tidak terhingga kepada anak muda ini. Protes demi protes dilakukan diserata dunia. Tekanan kepada regim Ben Ali amat kuat. Sehingga memaksa diktator selama 23tahun ini melawat anak muda Bouzazi di hospital pada 28 Disember 2010, tapi sayang anak muda ini menghembuskan nafas terakhir pada 4 Januari 2011.
Informasi Mengugat Penguasa
Informasi yang tersebar luas melalui medium alternatif ini memberi tekanan hebat kepada Ben Ali. Maklumat tidak putus-putus diterima rakyatnya dan masyarakat dunia membuatkan regim Ben Ali gelisah. Informasi ini juga membuatkan penentangan rakyat terhadap regimnya membuak-buak. Saksikan sendiri, pemerintah amat suka jika rakyatnya 'buta' maklumat. Ini memudahkan pengawalan minda dilakukan terhadap rakyat. Regim kemudian mengambil langkah drastik untuk mengawal medium sosial alam maya sebagai contoh Facebook. Ini bertujuan menyekat penyebaran maklumat. Perang 'Cyber' dilancarkan oleh regim Ben Ali. Beberapa aktivis alam maya turu ditahan, sebagai contoh Slim Amamou. Regim juga mengunakan kaedah 'hack', memecah masuk beberapa akaun aktivis alam maya untuk mendapatkan maklumat.
Adakah setuju mereka ditangkap kerana regim Ben Ali khuathir kebebasan maklumat akan memendekkan hayat pemerintahannya?
Serangan Balas
Regim tidak bersuka lama, selepas perang 'cyber' dilancarkan, regim terkejut. Mereka juga sebenarnya harus berhadapan dengan tentera 'cyber' digelar Anonymous. Anonymous mengutuk keras tindakan mengawal internet di Tunisa dan seterusnya mengisytiharkan perang terhadap regim Ben Ali. Ini dipanggil 'Operasi Tunisia'. Laman sesawang pihak penguasa di'serang' bertalu-talu. Mereka juga mendedahkan dokumen-dokumen sulit korupsi regim. Mereka juga berkongsi tips bagaimana untuk mengahadapi perang 'cyber', cara mengubah proxy supaya laman yang diban boleh diakses dan secara suka rela mereka juga memberikan tips bagaimana berhadapan dengan anggota polis. Regim Ben Ali kini tidak bermaya, dibelasah secukupnya oleh tentera alam maya. Twitter tidak berhenti-henti menyalurkan maklumat dan informasi.
Hari bersejarah bermula, revolusi berlaku. Dengan izin tuhan atas usaha rakyatnya, 14 Januari 2011, regim Ben Ali tersungkur sujud dikaki rakyatnya. Tertewas hanya kerana informasi. Adakah anda mempercayai tarikh atau nama mahupun angka didalam penulisan ini satu fakta? Rujuk 'alam maya' untuk kepastian.
Kat luar negara yg rakyatnya tidak mampu berfikir secara rasional, bolehlah berlaku tetapi di negara ini majoriti rakyat adalah berpendidikan dan berfikir rasional serta tahu meletakkan mana satu keutamaan..
ReplyDelete