Search

Monday 23 January 2012

John Si Atheist

          John, sudah tidak lagi seperti dahulu. Kepercayaannya pada agama makin hari makin pudar. Kecewa! Itulah sahaja ungkapan yang John mampu ucapkan. Kecewa dengan apa yang berlaku pada dunia hari ini. Mengapa tiada lagi kasih sayag di dalam dunia ini? Mengapa di'halal'kan perperangan sesama manusia atas nama agama? Mengapa tidak aman, mengapa tidak sentosa. Kepercayaan John kepada agama terhakis hari demi hari setelah John memaksa dirinya diasak oleh 'persoalan' yang bermain difikirannya.

          Pertama sekali, John sering berfikir dan bertanya, benarkah tuhan itu wujud? Dimanakah beliau sekarang? Bagaimana proses kewujudan beliau? Siapa yang mencipta beliau? Ah, John melilau ke hulu dan ke hilir. Matanya terpaku memandang kitab sucinya yang terletak rapi di ruang tamu rumahnya. Kitab itu kelihatan berhabuk, usang, dan kelihatan tidak pernah diusik untuk sekian lama. John sering membaca, tetapi kadang-kala tidak memahami isi dan maksud yang cuba disampaikan.

          Kedua, John sering bertanyakan dirinya. Benarkah agama yang dianutinya merupakan agama yang benar? Apakah ukuran untuk menentukan kebenaran agama seseorang? John tertanya, mengapa sering beliau di ajar bahawa agama lain semuanya jahat, tamak, rakus dan hina. Maka agamanya sahaja yang mulia dan akan mendapat tempat di Syurga. John, berfikir sejenak, beliau mempunyai seorang kawan yang baik budi pekertinya, tetapi mereka berkiblatkan dua perkara berbeza. John tidak sanggup meninggalkan rakannya di Neraka. Kerana menurut fahaman agama John, agama lain akan di tempatkan di Neraka.

          Ketiga, John terfikir, bagaimana beliau tidak berdiri diatas agama yang? Bagaimana jika agama yang dianuti beliau sebenarnya tidak benar. Ada agama lain yang benar. John merasakan adakah dia akan di'campak' ke dalam neraka juga bersama keluarganya? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan John selama ini? Oh tidak, John menjadi semakin keliru. John semakin resah. John mula menjauhi diri dari rumah ibadat. John takut melihat rumah ibadat. Bagi John rumah ibadat dari kaca matanya hanyalah rumah 'penyebaran' propaganda jahat untuk mendoktrin masyarakat.

          Keempat, John mengasak dirinya dengan satu soalan lagi, mengapa tuhan membenarkan perperangan, persengketaan berlaku? Kenapa sebagai manusia kita tidak bersatu? Adakah agama yang kita katakan agen interagasi kini menjadi agen segregasi? Darah mereka membuak-buak kononnya berjuangan atas nama agama. Bagaimana dengan nyawa manusia yang tidak berdosa, anak kecil, warga tua, wanita yang juga dibunuh atas nama agama? John hanya harapkan suatu hari nanti semua agama jumpa erti damai, rabbi, imam, paderi bersatu hati. Semua hidup aman sentosa tanpa sengketa.

          John masih berjalan sendiri, mengharapkan sesuatu. Pernah John membisikan sesuatu "In the beginning man created GOD. There's probably no GOD". Suatu hari nanti mungkin tiada lagi sengketa bagi John. Kini John masih di perantauan menghayati seni setiap agama dan masyarakat. Harapannya mungkin akan bertemu kebenaran suatu hari nanti.



Kiriman TakSuban (Indonesia)

1 comment:

  1. nice entry there bro... so deep I can feel the world crying. bravo.. bagus!

    ReplyDelete